Tuesday, October 11, 2011

di dalam lembah kehidupan

salam korg.amcm semua sehat?maklumlah aku terbersin bersin.blog berhabuk lah katakan.entah kemana aku menghilang.so aku terangkan awal-awal di awal entry,ini mungkin short update sebab masaku berbaki sedikit.utk tidur dan bangun(InshaAllah)pada jam subuh nanti,kau kiralah sendiri berapa jam.tidur siang dan tidur malam mcm korg,sgt berbeza nikmatnya.apakan daya,ini lifestlye ake sejak berkurun lamnya.aku anak peniaga kan.so,tidur mmg bersepah sepah.eh maksud aku,waktu tidur tu,tak menentu.tp poket lebat,muka ada senyum maa.HEHE.

ok skrg aku yg mmg minat menulis membaca menaip bercerita ni,sejak akhir-akhir ni,menjadi jadi hobi ku itu.aku sedang menghabiskan proses membaca sambil menceduk ilmu kehidupan menggunakan senduk didapur,eh tipu!HEHE. sebenarnya aku sedang membaca sebuah buku berharga RM17 berjudul DiDalam Lembah Kehidupan karya siapa lagi kalau tak kenal korg nama ni,aku nak babap! -> Prof.Dr.Hamka.kenal tak kenal tak?haaaa....

so far,sgt bestlah buku ini.sebelum buku yg ni,aku dah khatam buku Bob Lokman.kalau tak kenal jugak,aku nak pengsann skrg.AHAHA.overr.!pasti tahu buku Aku,Isabella dan Tok Kenali kan?mmg terbaik travelog hidayah ni.!aku suka.kau suka?

credit Google.

nanti aku buat review pasal buku ni ok.tp tak menjanjikan apa apa.takut kau tunggu bulan jatuh keriba pulak nanti.HUHU.

berbalik pada buku Dr.Hamka,Di Dalam Lembah Kehidupan,ada satu perenggan yg aku suka.berkaitan tentang alam berumahtangga ni.petikannya

'' Disitulah letaknya neraka hidup yg sejati.Sebab walau bagaimana jua pun kecilnya pencarian,asal si suami sehaluan dengan isteri,sakit sama-sama ditempuhi dan beruntung sama-sama tertawa,maka segala kesukarantentu akan hilang dengan sendirinya atau akan ringan dipikul.Sebab ''miskin'' tidak boleh dijadikan alasan akan bersedih hati dalam kehidupan.Selam seorang minta-minta masih perlu kepada mahligai,selama orang kaya masih perlu kepada kuli,selama itu pulalah dunia ini akan tetap didiami oleh penduduk yang miskin.
Seorang minta-minta yang miskin,seorang kuli penyapu lebuh,akan berasa kaya-raya juga,jika kehidupannya di dalam rumahtangga aman dan damai.Seorang tuan tanah yang berpendapatan seribu rupiah sehari,jika dia tidak sehaluan dengan isterinya di dalam rumahtangganya,nescaya akan merasa sangat miskin.''

sgt-sgt benar,sgt-sgt realiti.sape setuju dgn aku,angkat kaki.!

credit Google

gambarajah kat atas adalah muka depan buku tu.simple je kot,tp isi dia setakat yg aku dah baca ni,Alhamdulillah.dpt ilmu kehidupan.bagus utk org yg baru nak hidup mcm kita-kita ni.eh?HAHAHA.
utk org yg dah lama hidup pun orait je.uishh pepandai je aku ni.TEEHEHE.

ada satu lg petikan yg aku aku nak share kat sini.boleh?HAHA.tetiba mcm byk pulak petian yg membawa seibu keinsafannn.ceh!

''Kalau semua orang mengatakan bahawa dia pun ditimpa susah pula,maka untuk siapakah dunia ini...?''

oklah terpaksa break kat sini.mcm yg aku kata,masa berbaki sedikt je utk aku berehat.so,semoga jumpa lg.selain tanggungjawab mengupdate blog,aku juga punya famili yg perlu diurus.juga diri sendiri yg bgai sudah tidak terurus.HEHE.

less then three <3 , salam.



Sunday, September 11, 2011

salam id.

yg pastinya aku tujukan salam id itu,utk semua.biarpun tahu blog ini agk bersawang..hah tak agak-agak aku ni nak menypi secara tiba-tiba.apa yg aku boleh ckp,aku bizi kemmaenn.oh!sila percayaaa~
bizi membaca blog org,tp tak bizi nak update blog sendiri.aku bagai dilanda 'tsunami' kemalasan.jdnya,ampun maaf dipinta.segala entry tergendala tu,akn diusahakannn utk terus mengarang.hihi.

seperti korg semua juga,aku nak mengdisplay gambar raya.apa,ingat aku tak bernafsu nak beraya?hahaha.utk itu terimalah ini.kami bertiga sempena raya 2011.
;D


gambar diset,nanti aku kasi tunjuk haa..ini pinjam rumah jirann utk bergambar.haha.mmg tak malu tau.ni gambar muka fresh excited sambut raya tp agak sleepy sbb tidur lewat anak beranak.

tiada apa yg menarik sbb semua sama seperti biasa,jd tiada yg luar biasa.membakar mercun berdas-das,gigih mengkumpul duit raya anak,makan-makan-makan sesaja.elok aku timbang nanti tah berapa kilo naiknya.sahsah kene adjust puasa balik nih.

oh,ada berita gumbiraaa.tahun dpn tidak perlu mengganti sebarang puasa sbb puasa tahun ni penuhhhh!yeay yeay yeayyyyy~

ops!im not pregnant.ramaiiii ok buat gosip kononnya aku pregnant anak kedua.aishhh,peliks.bertahun tak jumpa,tp boleh tahu aku pregnant.org yg hari-hari jumpa pun tak syak begitu.dahsyat gosip anda!
takpe aku anggap itu doa,ameen.InshaAllah. c=

entry ini terpaksa bersambung sbb pics semua kat hp husband.so see ya till the next update haa.. #da rindu nak berbloggg ;D

Sunday, August 7, 2011

icecream dan sakit tekak?

salam.skrg rajin nak update.tak faham.bulan puasa rajin nak update.sepatutnya,kebiasaannya org semua nak lemah gemala tak berdaya bagai bila masuk Ramadhan.uhuhu.tp aku semangat je.puasa semangat,mkn pun kusss semangat.actually baru balik dari klinik dan bank.

klinik.
tiada sapa yg sakit.ok aku and zaydan selsema.mungkin berpunca dari aku.ketagihan cool blog.sedap.sedap.aku suka perisa chocolate blog.tanpa pearl..ya.kosong,plain begitu saja.
ish ish ish.hari-hari aku mahu itu.mahu mahu.sampai flu.sapa nak dipersalahkan?ok.sendiri tanggung.tiada yg salah.haha.sudah kene dgn tekak,apa boleh buat?
tp tak ambil ubat selsema pun,aku mahupun zaydan.seriously,LUPA.lupa bila timbang berat sudah 48kg.!
sumpah!aku nak lompat sampai cucuh atap klinik tu,boleh?#jgn riak.uhuhu.

tujuan keklinik adalah mahu menemani emak menghantar seorg pekerja kami yg sakit.sakit telinga.menurut doktor panel kami,dinding telinganya bengkak.ouchhh!sakitnya.so dptlah 3 jenis ubat,Rm30 sahaja.murah tak?mcm murah je aku rasa.aku rasa lah.
lupakan pasal pekerja,tidak menarik.aku tahu.

yg aku nak tarik korg baca adalah bila doktor check zaydan.nak suluh-suluh mulut dia da menangis.HAHA.apalah yg kau ikot sgt perangai buruk ummi kau ni anak..ok ni bkn salah ibu mengandung.HAHA.doktor ckp,'nak tumbuhh gigi..'aku,'laaa yeke..'pastu gelak dgn mak.ok tak paham jugak kenapa aku nak gelak dgn mak.uhuhu.tumbuh gigi tak kelakar punn kan? ;p
satu badan doktor check,sbb aku ckp zaydan mcm tak selera mkn gitu.tp takde apa masalah.perut tak kembung,tekak tak bengkak.sbb aku syak zaydan sakit tekak ke apa kann.so,berniat nak suap icecream.tp alang-alang menyeluk saku membeli icecream,baiklah kita check dulu.
Alhamdulillah.sihat.nak tumbuh gigi saja.sampai dia punya selsema pun aku boleh lupa.uhuhu.


dulu timang tinggi-tinggi sampai cucuh atap,skrg sudah tumbuh gigi belum pandai baca kitab. ;D

bank.
singgah bank,Ambank.bayar duit kereta,tertangguh-tangguh.takut jugak tertangguhhh terus duit kereta tu ke baju raya.HAHA.maklumlah,belum sampa tarikh tp duitnya dah ada,so bayar la awal sikit.senang lg tenang.kata org,jgn cari pasal tunda-tunda.nanti kang,masalah dtg.eh faham tak?sila abaikan.

ok,ini 1st time aku yg pergi bayar.biasa aku pergi jugak,tp pergi jelah.pastu suami turun bayar,aku duduk di seat sebelah pemandu saja.HAHA.so,berdebar jugaklah.uhuhu.padahal suami dah ajar da haritu,pakai anggukkkk saja.tak sangka pulak hari ini hari aku.kene bayar sendiri.

mula-mula tekan je,dah salah.pastu,tekan-tekan lg,jumpa!dah jumpa,ada pulak duit dia nak reject.siottttt.dahlah aku ni tak tahu menahu.try,try sampai boleh.siap call akak aku semua.kecoh gila.aduss buat malu lah ini mesin.nasib dah kahwin.aik?ade kene mengena?HAHA.

ok,try jela sampaiiii yeeayyy1da.aku berjaya.rasa bangga jln kengkang sikit hidung kembang besar-besar.haha.dah balik!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem 1432 Hijrah.





Lafaz niat puasa Ramadhan.
نَوْيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءٍ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala.

#Nawaytu saumaghodin an adaa ee fardhi romadhoona hazihis sanati lillaahi taala.


Alhamdulillah.Ramadhan ke tiga buat aku dan suami.Pertam kail menyambut Ramadhan sbg suami-isteri adalah pd
2 tahun yg lalu.Tahun pertama aku bergelar isteri dan dia,suami.


ehehe.newlyweds.romantik gitu.romantik ke?
ok,lepas saaja raya,aku disahkan hamil.
sapa yg sahkan?aku sendirilah.haha.gigih kehuluhilir ceh taklah!aku ke
farmasi je pun membeli pregnancy test.
dgn badan tak sihat,mcm masuk angin,kau tahu?bukan separuh hari,tp sehari sunuk sampai aku
menangisi nasib diri.berkali-kali fikr,apalah yg aku salah makan ni?
tidaklah lena tidur malam tu.siap-siap kene marah
dgn suam sbb tak reti diam.yelah,da pag-pagi nak pergi keje.
haihh sabaaaaaar jelakan masa tu.ada kene cepuk subuh-subuh buta.
sakit,pastu kene marah..tidak terimaa.=(

lepas nangis diam-diam terus tertidur tak sedar.sedar sudah tengahari.bingkas
bangun!dpt wahyu yg pasti dr ALLAH,''aku mengandung ke..?''
ok berdegup kencang bila tiba-tiba hati terdetik sedemikian rupa.
yg pasti aku tak selesa,klinik please.tak larat..lantaklah kepala ni berat berapa kg pun.zasss
meluncur.dlm otak ni,klinik ke farmasi.?aish.hati berat ke farmasi.masuk-masuk terus tanya pregnancy test.mmg tak pernah berkenalan sblm ni,ok pernah test skali tu pun akak yg belikan.boleh?
sempoii je akak aku.sgt maha tak sabarnya masa preg.test sudah digenggaman.sampai terfikir nak shi-shi je
dlm kereta.serius,aku excited.!walaupun tak pasti.walaupun keyakinan aku 50-50 je.
50 bersedia utk nangis,50 lg utk lompat sampai cucur atap!
haha.kenapa nak nangis?sebab aku pernah test sekali sblm tu,
and its -ve.yea..yg akak aku belikan tu.ehehe.terus mcm hampa.so kali ni,mcm taknak
excited 100%.boleh?berdebar kauuu!so pengajarannya,aku dptlah merasa perasaan
org yg lambattttt dpt anak and yg sewaktu dgnnya.ok,sgt sentap.sgt-sgt depressed!
#pdhal aku n husband yg rancangg mmg nak lambat dpt baby.
konon nak honeymoon bagailah.tp family da sibuk-sibuk
potpet sanasini,terpengaruh aku dek provokasi mereka~wahh!haha.
sampa rumah berlari ke langit,eh ke toilet.bkn nak shi-shi sgt,tp
mmg beria-ia nak test urine.
....
and its +ve!yeayyyyyyyy!!menangis.Allah!Allah!Allah!
terus call hubby.dia ketawa je.dia kata'da agak da..'
elehhhhhhhh.menciksssssss.terus kecoh kecoh kat family semua.haha.
mmg boleh ganti Fara Fauzana masa tu.hehe.
ok,im mommy to be!6 minggu hamil.balik dr klinik,esoknya bermulalah 'morning sickness'.
Ya Allah.igauan ngeri ye.huhu.


ok.tahun ke 2 beraya,kami dah bertiga.!yeeayyyy!hihi.inilah gambar pertama dan bertiga.ok mmg tak berbaju raya sbb tidak kemana-mana.kan baru habis pantang c=
takde baju raya,tp ada baby raya.

raya tahun ini masih bertiga.takdenya berempat lg.uhuhu.serammmm~

salam ramadhan dr aku dan keluarga.smg ramadhan kali ini penuh makna.


Sunday, July 24, 2011

setahun.# part 1

salam.lamanya tak ke udara?hihihi.peliknya mukadimah.

warning : pastikan sudah ready mental dan fizikal utk melihat gambar yg agak
scary.!
uhuhu~

gambar buruk tak perlulah diclick utk tumbesaran ke ape ea ;p
huduhnyeww.~


gambar ini sebenarna diawal kehamilan.biasalah yg the first 3 months tu.
yada yada yada.its known as 'morning sickness'.
tp aku hampir 24/7 muntah pening terbaring bagaikan Singapura
dilanggar todak.eh eh?tak lah.bagaikan org mabuk.
mmg mabuk pun.semua benda meloyakan.lapar,sudah makan 
muntah pulak.kerap jugak belum makan,sentuh pun tidak,
dia punya 'uwekkkkkk',memang mengalir airmata darah.
pernah juga hilang sabar dan diluar kawalan-aku merungut-rungut.='(
yelah tak tahan diuji aku ni.haihh.menyesal dan insaf.
Alhamdulillah,masuk je bulan ketiga,aku da ok sikit.
kadang-kadang je pening tu datang.muntah still muntah-muntah.
tp tak seteruk the first month tu.

sudah sarat 8 bulan.kembang juga setaman.uhuhu~

dan hari demi hari berlalu.pelbagai pengalaman ibu hamil ditempuhi.dari checkup every month kat Klinik Kesihatan bermula usia kandungan 2 bulan.sabar.sabar.sabar.Alhamdulllah.Alhamdulillah.aku tiada masalah kesihatan mahupun masalah kandungan.sihat sihat saja.cuma hb pernah juga dpt tulisan merah sekali.berat pun pernah naik banyak..hihi.lalu diwajibkan test MGTT.wahh aku ingat lagi?oh masih belum nak 'beradik'lah zaydan nampaknya.hiks~
minum air gula mmg sangat menyebalkan bagiku.!pitam aku dibuatnya.suami setia menemani.sampai darah kedua diambil,saat itu juga perut menggelodak tiada maaf utk kau berada dlm perutku wahai air glukos.
'uwekkkkkkkkksssssssssssss'.nah settle.semua air glukos kumuntahkan dgn selamat kedlm longkang.hahaha.
perut lega tp tak selesa.makanya aku wajib makan skrg suami.c=

bersambung c=

Wednesday, July 6, 2011

puas.

berasa sgt lepak hari ini.tapi bersungguh-sungguh mahu update sedas dua.eh apa das-das ni?
ok fine sgt lama tak update blog.sgt tak beridea.padahal sgt byk benda tergendala mahu diceritera.
haihh.maafkan jelah.

berbalik kpd statement 'berasa sgt lepak'.lepak disini bukan membawa makanan(?) nampak tak betapa hebat aku diuji?huhuhu~ bukan makanan,maksud.membawa maksud 'melepak' tu.lepak disini maksud aku,keletihan berpuasa hari ini..spt diketahui umum(?) aku berpantang dlm bulan puasa.sgtlah heaven sbb aku sedap-sedap makan,dan org lain puasa.skrg,aku sedap-sedap puasa dan melihat org lain sedap-sedap makan.HAHA.
ok.tiada siapa yg bersalah dlm kes ini.dan aku pun tak mengeluh utk membayar ganti puasa yg dah hampir setahun yg lalu aku tinggalkan.
sgt senang hati dpt ganti puasa.dari dulu aku tidak pernah mengeluh.awal tahun aku sudah sap2soi ganti.bahekk kan? c=

tp kali ni mcm terlambat pulak.tu lah tangguh tangguh tangguh.padan muka sendiri yg susah.HIHI.

ada baki 10 hari lg.semoga aku tabah dan tetap bertahan,berpuasa sbg ibu dlm masa yg sama exclusive bf. sgt mencabar kudrat.tiada masa utk dilengahkan lg.Ramadhan sudah menanti dihujung sana.

Marhaban Ya Ramadhan!

11 bulan


dalam hari


puas dpt update.even 'sekangkang kera' TEEHEHE.

Thursday, June 23, 2011

23 Jun 2011,11bulan.



demam.buat kesekian kalinya dihari ulangbulan.tp kali ni siap-siap
seminggu sebelum sudah demam.sampai hari ulangbulan pun tak sihat lg.
aduhai.makan tak mahu.mcm tak tahu lapar.susu,air masak.ubat.
sesuatu berbentuk makanan pasti,pasti dia ketap mulut.
badan yg baru nak naik,susutlah semula.mcm tiada harapan
nak bermontel-montelan.

susah dihati,berat lg bahu yg memikul,berat mata yg memandang.




ini sebulan yg lepas.demam juga.sehari sahaja.besok terus baik.
Alhamdulillah.
bulan ini,seminggu.belum sembuh.
berharap hari ini hari terakhir dia demam.
Ameen,Ya Rabb.
penuh berharap.sgt berharap.bukan berhenti berharap.
mcm sheila on seven.



bersama pakcik uncle.menangis merengek.kepala terlalu 'berat'
berapa kilo,jgnlah tanya.maksud aku disini,dia
kepeningan sgt-sgt-sgt.
kasihan.kasihan.lalu kerana kasihan juga,
pakcik uncle memberi khidmat urui tapai kakai
mengurut kepala.pening pun agak reda,
lalu tidurlah dia dipangkuan.
lena.lena diulit intan.

kasihan lagi.aduhai demam,aduhai panas,aduhai anak,
cepatlah sembuh ye.
bunda love you.<3




gambar terbaru.panas sudah reda,nafsu bermain bermaharajalawaklela.
berpeluh-peluh.gembira dpt bermain buakn kepalang.

sehingga air didalam gelas pun dicurah.habis walker pinjam.
muka tiada dosa,tiada bersalah.grrrr~



boleh dia main tepuk air tu sambil pandang camera.haiyoo~
hahaha.membuat bunda ketawa.
anak dgn mak,sama dengan.suka berposing.
kuah kan tumpahnya ke nasi.
kannn..hihi.




#tahniah kpd sista in law yg selamat melahirkan baby girl jam 1petang td,23 Jun.merasalah pula menjd wanita yg ber'anak'.smg tabah.
maafkan aku kerana byk janji entry masih tergendala.bz.bz menguruskan kehidupan,aku kelelahan.namun smgt berblog tak pernah luntur.#haaaa semputt.Maharajalawak fever~