Tuesday, June 7, 2011

surprise bday party#1

today is the day.segala lakonan berjalan lancar..pada awalnya..

entry bersambung.skrg mahu bawa bday man(?) pergi makan-makan.
dimana?

ceteka ceteka. ;p

mahu bersiap tahu?aku pingin jadi isteri paling gojes mlm ni.#muntah pink!

Wednesday, June 1, 2011

dress.

gila tak update blog time sedang bersenang-lenang ni.cuaca di luar adalah mendung dan hujan.mungkin saja semua org akan rasa nak tidur,termasuk bayi aku.penat sgt gayanya tu.atau pun mmg keturunan ummi dia lepas makan adalah wajib tidur.?muehehe.

title dress.kenapa harus merepek.?mari kita lanjutkan pembacaan.nampaknya entry ini macam tiada destinasi.dan mungkin akan membosankan?mintak maaf awal.teehehe.

ok back to dress.sebenarnya aku sedang menanti email balas dari http://www.calaqisya.com/.tangan gatal,kan mata sudah berkenan.hati mmg dah lama mengidam.sudah dpn mata ni,kira wajib sambar.eh sambar?mcm kene sambar petir pulak.yelah.lebih kurang mcm tu,jgn leceh isi order form!kang melepas gigit jari pulak.adehh~

admin tak balas lg email aku.padahal baru je email dorg sejam yg lepas.huhu.nampak?nampak?boleh korg agak tak berapa lama aku ngidam dress ni?bukan kat sini tak ada.ada tu ada,tp aku tak berkenan.atau mmg belum jumpa dress yg dicari-cari?hmm~ itu saja.aku nak yg ala-ala vintage.ok sila terima kenyataan.mungkin umur tua,tp hati 'cute' kauuu.kau ade?HAHA.mula dah ayat-ayat gitu.
belum 25 pun,normal kan muka cute gini?#tangan didada mata keatas.

nak tengok ke dress yg aku berkenan tu?aku rasa cer try cer try usha blog calaqisya tu.tapi jgn beli dress yg aku da cop tu pulak.mmg korg kejam lah kalau begitu.huhu

nanti da dpt confirmation,aku tunjuk lah kat korg eh.jgn kecik hati.hehe.

aku ada cerita pasal artis ni,tp pices2 semua kat hp hubby.so,harap sabar menunggu.menceceh takde bukti bergambar tak best kan?mmg haram korg nak percayaa.

jgn tanya kenapa labels tuh dreamland..huhu.

Monday, May 30, 2011

rahsiaku kini milikmu

#minta maaf jika entry ini dipenuhi ayat yg agak
berlagak,mahupun poyo.
segalanya kukesali.
TEEHEHE~

fefirst nak tanya,KAU HADE?
oh,pasti.sila jgn SENTAP MAK NAK.!
ishh apa ni,apa ni?like,apakah kau nak berlagak sgt
tak pasal-pasal je.

woot!woot!
oh ya people,macam mana aku tak berlagak.boleh bagitahu?
jam CASIO VINTAGE SQUARE  idaman yg tengah 'in' skrg ni
sudah digenggaman!atau lebih tepat,dipergelangan.


nampak?percaya ke tidakk?muehehe.ini bukan gambar google ok.
mahu bukti?bukti sudah jelas lg terang ->cincin pertunangan belah rotan itu
terhias manisss lah sgt dijari bengkok aku.HAHA
aku sorg je ada cincin tu.so,kenapa masih ragu?
#yeke aku sorg ada cincin tu?bukan aku sorg je ke
yg ada jari bengkok camtu?TEEHEHE.
whateverr~

jelous ke tidakkk? ;p


jgn tanya kenapa cincin tunang?mana cincin nikah?
hehe.cincin nikah adalah dipakai time ada function sahaja ataupun
ketika nafsu sedang ingin menunjuk-nunjuk like
'kau ade cincin kawen besa kontena ke?'
ngee~
tak ah.sayang ouh nak pakai.besides cincin nikah aku besar
gak ah.gila nak pakai hari-hari?
tak sesuai.dgn nak masak,urus anak,mendobi bagai. 
so,kita kasi simpan elok-elok naa.

VSQ GOLD C=

akhirnya..hehe.skrg jln pun rasa nak sinsing lengan baju 
tinggi-tinggi siket.TEEHEHE.



ini rezeki namanya.mula-mula ngidam harga cam rm100 ke 200 ++ gitu ar.
lg canggih tu beratus siket ah kan.sabar punya sabar,#actually berbulan
jugaklah kan aku memfikir,nak beli ke tidakk,nak beli ke tidakk?~
ni aku dpt rm90 je!hehe.
hey hey hey hey..aku tak percayaa..~
apa pun,berbaloi-baloikan?

moral valuenya,sabar tu mmg byk manfaatnya!kan?tp tak faham
kenapa hattan suruh hazama bukak dan jgn pakai jam ni?
huhu.

Saturday, May 28, 2011

10 bulan.

23 Mei 2011,Isnin


Alhamdulillah.Syukur kerana aku dan encik B diberikan kudrat membesarkan darah daging sendiri.anak sendiri,Muhammad Az-Zaydan bin Mohd Salliheen..genap 10 bulan dia hidup dgn sihat.senang hati melihat perkembangan demi perkembangan. c=
sekarang dia sedang berusaha keras mahu berjalan,pantang disebut 'tatihhh' menggedik-gedik dia berjalan.hehe.kurang suka berada didlm 'walker'.walaupun berwarna seceria warna orange tu,oh tidak lagi menambat hatinya.hehe.
ABANG NAK JALAN SENDIRI UMMI!TAKNAK WALKER NI~
eh,da pandai ckp pulak?hehe.taklah.aku rasa mcm tulah dia bermonolog dlm hati.teehehe.

sejak sebulan yg lepas mmg aku da perasan dia suka panjat kat kepala katil tu.faham tak kepala katil?sila google sendiri boleh tak? ;p ok,aku google kan kejap.

sebentar.

eh,kenapa google 'kepala katil keluar gambar Yuna dan Hana Tajima?kan dah tergendala.korang googlelah sendiri ye?ngee~

oh ye!.aku ada simpan gallery gambar dia sedang berusaha utk berdiri di atas kaki sendiri.
kita layann kejap k.

anak bertuah aku

memulakan langkah
demi

langkah
dan,BERJAYA!

YEAYYY!pandaiiiinye anak ummi!da besho ea?nak adik tak?muahaha~

ok.cerita pasal adik ni,tahniah lah utk chika.ala,owner nurulism.com tu.korg da tau belom?
#kepoh tak?huhu. beliau da pregnant 2nd baby,YEAYY! lagi.oh aku sgt nak menitis air mata ok bila baca statement dia kat blog.macam menakjubkan.yela,dia sebaya aku je kot.anak nak masuk 2 sudah.aku?
tah bila nak tambah.memikirkan sakitnya dijahit hidup-hidup tu..alahai~
semoga aku akan merasa nikmatnya menjadi ibu hamil lagi!mcm chika!teehehe.sgt ohsome ouh medina nak jadi kakak ouhh.~

ok.berbalik dgn zaydan. ;p

skrg mulut pn da makin bising.ada je ayat baru dia sebut sebut.pandai sebut 'mamma'.'abbahh'.'mammamm'.hehe.lebih kuranglah.ape lg ea?

ok lupa.hehe.

berat zaydan 8kg je.badan baru nak naik je,demam.huhu.masa ulang bulan dia yg 10 pun demam.tp sehari je.Alhamdulillah lah kan.maybe demam nak beralih bulan.pastu besok da sihat.hehe.
mcm2 kan.?mcm2 tulah yg wat kite as a parents ni cam excited gitu~

uhuhu,budak demam di hari ulang bulan sendiri ;p









Thursday, May 19, 2011

special june for awesome man c=

wah.tak lama lagi bulan june akan menjelma nampaknya.bermakna,sesuatu akan berlaku dlm hidup encik suami.dan aku sebagai puan isteri,eh taknak isteri,puan wife(hehe) akan ingat dan cuba tak lupa tarikh ini pada tiap-tiap tahun sejak zaman bercinta dulu.

aku jiwang?taklah sangat.romantic,er tidak juga.tapi aku sukakan romantic.mungkin aku nampak,atau kelihatan agak 'kasar',itu adalah..adalah apa?itulah aku!tak ada atau\malah tak perlu nak bagi sebab pun.apa ada hal.nak control ayu lemah lembut sangat bukan aku.tapi bukanlah aku kasar sampai nak sama dengan lelaki..tidak pernah sama dua kali.huhu~

tidak romantic mananya aku ni,tapi tiap tibanyanya hari kelahiran dia,pasti akan ada something surprise yg aku akan buat.aku mmg sukakan surprise.itu sifat aku,malangnya encik suami tidaklah memiliki sifat itu.huhu~maknanya,puan wife tak perlulah berangan rangan kerana pelamin angan kumusnah.eh bukan.sebab mmg takkan ada something yg surprise-surprise pun even dlm mimpi daripada encik suami utk dirimu.nampak tak aku puan wife yg malang?ehehe.#nanges.

sebenarnya aku sedang mem-plan err kenapa peliks bunyinya?merancang or plan something utk bornday encik suami.haih lagi berapa minggu je yg ada tapi otak masih lagi tidak berfungsi dgn baik tentang apakah surprise yg akan dapt menterkejutkan encik suami utk tahun ini.

tahun lepas,ok surprise adalah gagal sebab HAHA.sebab HAHA?ehehe.sebab aku yg terkejut.bukannya encik suami.alkisah..gigih tak gigih lah aku yg sarat mengandung 8 bulan masa tu nak surprise kan dia.
keluar dgn adik-adik aku sampai pukul 12mlm baru nak balik.tak meroyan laki kauuu?HAHA.pergi beli kek,balloon 'happy birthday'.habis jugak RM50 utk surprise yg kecik-kecik gitu.kau ingat aku rela?baik aku beli baju or headgear.tp demi encik suami,aku redha lagi pasrah.#HAHA,gila terpaksa bunyinya.kejamm kah daku?

ok.itu tahun lepas.sekarang sudah beranak satu,bila nak tambah satu lagi?apakah surprise yg mungkin tidak akan dilupakan oleh encik suami?mahu berkongsi idea?
kecil tapak tangan,nyiru aku tadahkan.

7 Jun 2011,nantikan. c=

eh movie NUR KASIH cam menarik je,tp ada anak ni,dvd jugaklah nampaknya kita hadap ye?
tak sabarnya nak tengok!

Thursday, May 5, 2011

9 yang terindah.

mak ahh tajuk gila jiwangg.ahaha.padahal nak cerita(lagi) pasal anak sulung ku seorg tu je.boleh nak jiwang?
oh whatevaaahh.

masuk je bulan yg ke 9 ni,zaydan da bergigi.wahhhh.sgt wahhhh tau?sbb cam jakun gitu.HAHA.
masa dia otw masuk ke 9 bulan,ade dia mengencesss air liur bercucuran siket(padahal itu bukan kebiasaan dia).sudah ku bilang sama emak(aku),dia nak tumbuh gigi kot mak?
tp mak ckp taklah.(nak sedap kan hati sebabnya sebulan sebelum tu aku perasaan ada gigi kat gusi dia.huhu.rupanyaa terlebih imaginasi.;p)
and lebih kurang a week after that 'conversation',masa tu dlm kereta,zaydan sibukk nak gigit jari aku.aku pun diam kan saja(walhal kebiasaannya aku akn tarik jari-tanda tidak membenarkan.yelah tgn kita berkuman ok.sgt pantang larang masukkan jari keapa dlm mulut.kuman!BIG NO.)
so mmg cantik dah Allah susun.rupanya nak inform dekat gusi sudah ada gigi!yeayyyy!hihi.
wahh mmg aku paling jakun punya ummi lah time tu.terus jerit,ok terjerit sebenarnya-B,ade gigilah!abg da ade gigi!(oh malunyaa..naseb baik suami.HAHA.ok tipu,tak malu pun ;p)
encik B(abi) pun jd excited.dia pun sibuk jugak ah nak masukkan jari dia pulak.ek elehhh.tak percaya lah tu!

sudahnya,ummi zaydan ni pun sibuklah canang satu famili-anak dia da tumbuh gigi.gila tak canang kann..teehehe.

ok,skrg gigi kedua pun baru nak tumbuh selepas 2 minggu gigi pertama menjelma..wahh! cepat kan?(ke normal atau terlambat..hehe)

oh masih tak berpeuang nak ambil gambar gigi sulung zaydan utk tatapan umum~

tamat cerita gigi.

baru nak berani utk merangkak.ok yg ni kedengarannya agak terrlambatlahkan.tp bayikan berbeza-beza achievementnya.bukan bayi saja,org dewasa,separa dewasa,remaja,pendek kata - manusia.semua berbeza.rambut sama hijau,hati sendiri-sendiri.kan(?)

baru nak berani means zaydan ni ade terlebih sifat takut or gayat lah dlm diri.itu baka dari ladang akulah tu.asalnya dari emak aku.hehe.tak boleh nak ckp ape lahkan.sifat keterunan ke tu?hihi.

lepas dah berani merangkak(terkedek-kedek),dia mahu memapah pulak.mcm laju je aku tengok perkembangan dia bulan ni.
sejak tumbuh gigi,dah pandai tegur org,menyapa/sapa.
da da da,tak dengar lagi.mungkin da lupa kot dia.ke tak mainlah da ber-gigi ni sebut da da da ummi.kata zaydan dlm hati(agaknyalah~hehe)
klau sapa or nak panggil org tu,'eh..' dia sebut.tp ayat feberet dia - 'eyy tehh'.berulang ulang dia sebut.mcm nak mintak air teh.
pandai menjawab pun iya.kalu aku membebel kat dia,dia jwb 'ahh..!'
pastu mmg mintak kene cim lah tu.pandai sgt menjwb.HAHA.sejujurnya aku geram.tersgtlah menghiburkan.ah!apa pulak menghiburkan ni.

9 bulan c=


inilah budak 9 bulan tu.dlm walker pinjam.walker zaydan colour oren.cantekkkk~(tetiba)
nampak tak?nampak tak?yaaaa dia da trimmm rambut panjang dia tu.ingat nak simpann panjang,tp macam rimas je dia.sudahnya pangkas sajalah.nalpak tak muka dia dah tak rimas?HAHA.

kejap lg dpt tengok aksi-aksi ketika rambut sedang dipotong.

abaikan si gemok dibelakang tabir.
ini gambar zaman kegemilangan-lah sgt ketika rambut masih panjang.serabut ea?aku nampak comel je.HEHE.
korg suka yg mana?eh nak main suka-suka pulak.suka-suka je.

ni antara aksi-aksi nya.harap layan.huhu.watak yg terlibat-

pen'dukung' : abi
hair dresser : uncle amy(pakcik zaydan,adik ipar akulah)
pen'tak buat dia meragam' : ummi(aku derr..)









hasilnya?

                                                                         TADAAA!




bagaimana?ada ibu mama ummi mummy nak 'chopp' sibujang aku ni?TEEHEHE



























































Sunday, April 24, 2011

oh CASIO!

sunday is ahad,so ahad is?ahad is sundaylah!haha.ahad cuti.cuti is rehatt dekat rumah tp tak berapa nak rehat.tp rehat jugaklah.
so bolehlah update blog cam bloggerss lain.penuh isi dan sopan santun(?)

hari ni suami adalah kerja.nasib baik mertua bawak jalan.berjalan-jalan maksud aku.kemana?
alah.tesco je.walaupun begitu perasaan adalah sgt suka dan rasa nak lompat siket-siket.lompat byk takut retak bumi Allah ni.hhuhu.sedar diri yg semakin selera mkn,dan berat bdn pun mcm selera jugak nak bertambah anggkanya.haihh~
dah berapa bulan aku terperuk kat rumah.sebab?adalahhh.rahsia. hehe.walaupun ku tahu sharing is caringg,tp bile poket keringg,tak perlu lah nak kongsi-kongsi cerita bagai.

so sampai tesco terus meluru ke kedai jam.nak usha-usha jam 'idaman'.dari bulan ke bulan aku hold je nak beli jam tu.macam kene fikir banyak kali sebab harga dia seratus lebih JE.tak mahal sangatlah.kalau aku single..tp ni da triple.so mcm memang kene fikir 18 ratus kali.
modal tu ada,tp rasa cam was2 je nak beli.sebab konon-konon 'jgn diikutkan sgt NAFSUU tu..SYAITONNN semua tu..'ehehe.so pendinglah.tak beli sampai hari ni.
sbb da berkira-kira,nak jugak beli jam tu lah.!jom kite tengokk jam!

tapi.tapi,aku tak tinggalkan pesan kat tokey kedai tu suruh simpankan dulu sementara aku membuat keputusan beberapa bulan yg lalu.
makanya,bila aku jengah lg kat rak kaca jam jenama CASIO(je pun..)arghhh!da lesap.!takde.takde sudah.hampa.hampaaaaaaa.

lebih kurang ginilah jam idaman aku.

kenapa aku suka jam ni?
err tah la ek.suka.kata org tu cam jatuh cintaa pada pandangan pertama.haa camtu lah.ehehe.haihh.
tah bila lah dpt sebijik ek?
oh CASIO.kang aku beli jam lain kang!