Sunday, July 24, 2011

setahun.# part 1

salam.lamanya tak ke udara?hihihi.peliknya mukadimah.

warning : pastikan sudah ready mental dan fizikal utk melihat gambar yg agak
scary.!
uhuhu~

gambar buruk tak perlulah diclick utk tumbesaran ke ape ea ;p
huduhnyeww.~


gambar ini sebenarna diawal kehamilan.biasalah yg the first 3 months tu.
yada yada yada.its known as 'morning sickness'.
tp aku hampir 24/7 muntah pening terbaring bagaikan Singapura
dilanggar todak.eh eh?tak lah.bagaikan org mabuk.
mmg mabuk pun.semua benda meloyakan.lapar,sudah makan 
muntah pulak.kerap jugak belum makan,sentuh pun tidak,
dia punya 'uwekkkkkk',memang mengalir airmata darah.
pernah juga hilang sabar dan diluar kawalan-aku merungut-rungut.='(
yelah tak tahan diuji aku ni.haihh.menyesal dan insaf.
Alhamdulillah,masuk je bulan ketiga,aku da ok sikit.
kadang-kadang je pening tu datang.muntah still muntah-muntah.
tp tak seteruk the first month tu.

sudah sarat 8 bulan.kembang juga setaman.uhuhu~

dan hari demi hari berlalu.pelbagai pengalaman ibu hamil ditempuhi.dari checkup every month kat Klinik Kesihatan bermula usia kandungan 2 bulan.sabar.sabar.sabar.Alhamdulllah.Alhamdulillah.aku tiada masalah kesihatan mahupun masalah kandungan.sihat sihat saja.cuma hb pernah juga dpt tulisan merah sekali.berat pun pernah naik banyak..hihi.lalu diwajibkan test MGTT.wahh aku ingat lagi?oh masih belum nak 'beradik'lah zaydan nampaknya.hiks~
minum air gula mmg sangat menyebalkan bagiku.!pitam aku dibuatnya.suami setia menemani.sampai darah kedua diambil,saat itu juga perut menggelodak tiada maaf utk kau berada dlm perutku wahai air glukos.
'uwekkkkkkkkksssssssssssss'.nah settle.semua air glukos kumuntahkan dgn selamat kedlm longkang.hahaha.
perut lega tp tak selesa.makanya aku wajib makan skrg suami.c=

bersambung c=

No comments: