Sunday, August 7, 2011

icecream dan sakit tekak?

salam.skrg rajin nak update.tak faham.bulan puasa rajin nak update.sepatutnya,kebiasaannya org semua nak lemah gemala tak berdaya bagai bila masuk Ramadhan.uhuhu.tp aku semangat je.puasa semangat,mkn pun kusss semangat.actually baru balik dari klinik dan bank.

klinik.
tiada sapa yg sakit.ok aku and zaydan selsema.mungkin berpunca dari aku.ketagihan cool blog.sedap.sedap.aku suka perisa chocolate blog.tanpa pearl..ya.kosong,plain begitu saja.
ish ish ish.hari-hari aku mahu itu.mahu mahu.sampai flu.sapa nak dipersalahkan?ok.sendiri tanggung.tiada yg salah.haha.sudah kene dgn tekak,apa boleh buat?
tp tak ambil ubat selsema pun,aku mahupun zaydan.seriously,LUPA.lupa bila timbang berat sudah 48kg.!
sumpah!aku nak lompat sampai cucuh atap klinik tu,boleh?#jgn riak.uhuhu.

tujuan keklinik adalah mahu menemani emak menghantar seorg pekerja kami yg sakit.sakit telinga.menurut doktor panel kami,dinding telinganya bengkak.ouchhh!sakitnya.so dptlah 3 jenis ubat,Rm30 sahaja.murah tak?mcm murah je aku rasa.aku rasa lah.
lupakan pasal pekerja,tidak menarik.aku tahu.

yg aku nak tarik korg baca adalah bila doktor check zaydan.nak suluh-suluh mulut dia da menangis.HAHA.apalah yg kau ikot sgt perangai buruk ummi kau ni anak..ok ni bkn salah ibu mengandung.HAHA.doktor ckp,'nak tumbuhh gigi..'aku,'laaa yeke..'pastu gelak dgn mak.ok tak paham jugak kenapa aku nak gelak dgn mak.uhuhu.tumbuh gigi tak kelakar punn kan? ;p
satu badan doktor check,sbb aku ckp zaydan mcm tak selera mkn gitu.tp takde apa masalah.perut tak kembung,tekak tak bengkak.sbb aku syak zaydan sakit tekak ke apa kann.so,berniat nak suap icecream.tp alang-alang menyeluk saku membeli icecream,baiklah kita check dulu.
Alhamdulillah.sihat.nak tumbuh gigi saja.sampai dia punya selsema pun aku boleh lupa.uhuhu.


dulu timang tinggi-tinggi sampai cucuh atap,skrg sudah tumbuh gigi belum pandai baca kitab. ;D

bank.
singgah bank,Ambank.bayar duit kereta,tertangguh-tangguh.takut jugak tertangguhhh terus duit kereta tu ke baju raya.HAHA.maklumlah,belum sampa tarikh tp duitnya dah ada,so bayar la awal sikit.senang lg tenang.kata org,jgn cari pasal tunda-tunda.nanti kang,masalah dtg.eh faham tak?sila abaikan.

ok,ini 1st time aku yg pergi bayar.biasa aku pergi jugak,tp pergi jelah.pastu suami turun bayar,aku duduk di seat sebelah pemandu saja.HAHA.so,berdebar jugaklah.uhuhu.padahal suami dah ajar da haritu,pakai anggukkkk saja.tak sangka pulak hari ini hari aku.kene bayar sendiri.

mula-mula tekan je,dah salah.pastu,tekan-tekan lg,jumpa!dah jumpa,ada pulak duit dia nak reject.siottttt.dahlah aku ni tak tahu menahu.try,try sampai boleh.siap call akak aku semua.kecoh gila.aduss buat malu lah ini mesin.nasib dah kahwin.aik?ade kene mengena?HAHA.

ok,try jela sampaiiii yeeayyy1da.aku berjaya.rasa bangga jln kengkang sikit hidung kembang besar-besar.haha.dah balik!

No comments: